Saturday, 25 January 2025

LO LETTER OFFER NI APA?? - FAKTA MENARIK LETTER OFFER BANK

LETTER OFFER BANK NI APA??

  • Mudah faham, letter offer (LO) ialah surat "tawaran pinjaman" dari bank. Macam company nak hire pekerja, anda akan jumpa surat ni lepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli (SNP). 

  • Letter offer ni bukan untuk pinjaman rumah je, boleh jadi untuk pinjaman lain jugak. 

  • Surat ni bukan daripada agent, tapi daripada bank yang memberi pinjaman.


MARI SAYA KONGSIKAN FAKTA MENARIK PASAL LETTER OFFER BANK:


1. KEBANYAKAN ORANG TAK BACA LETTER OFFER NI
LO ni antara "kertas" yang penting kena baca, tapi ramai tak baca pun sebab LO ni banyak muka surat lebih dari 5 helai, ikut pada jenis bank. Janji sign, loan lulus, dah settle, takyah pening². Ini punca ramai silap langkah.

2. TUGAS BANKER KE UNTUK EXPLAIN?
Kita tak faham istilah-istilah dalam LO bank ni. Kita ni bukan kerja kat bank. Mana nak faham kan? Kadang-kadang takde masa, jadi sepatutnya orang bank la yang terangkan kat kita. Masalahnya kita yang tak tanya. Kita memang tak kisah pun kalau orang tak explain. Terus sign je!

3. LO INI TANGGUNGJAWAB SIAPA?
Kita nak sign LO ni, of course tanggungjawab kat kita sendiri. Kalau tak baca LO, bukan bank rugi pun. Lagi untung dia sebab proses cepat. Tak boleh nak salahkan orang lain. Tak boleh nak marah "bank la punca!!" Kita yang sign buta-buta. Kalau nak ikut undang-undang pun, kita jugak yang salah dan bertanggungjawab.

4. RAMAI MASIH GUNA KONVENSIONAL
Tapi ramai masih guna pinjaman konvensional sebab pinjaman senang lulus, istilah yang biasa digunakan dan lebih familiar dalam kalangan orang ramai yang buat pinjaman konvensional berbanding pinjaman islamik.

5. LO PINJAMAN ISLAMIK DAN KONVENSIONAL BEZA
Jangan pening. LO untuk pinjaman Islamic dan konvensional ni berbeza dari segi penggunaan "istilah" dan "cara berurusan". Sebab pinjaman Islamic cara dia (jual beli dengan keuntungan), bank beli dan jual kepada kita. Pinjaman konvensional pulak (kenakan interest atas pinjaman kita), pinjam 100, bayar 150. Sebab tu pentingnya buat keputusan nak Islamic atau konvensional untuk elakkan pening kepala.

6. ISTILAH UNTUK ISLAMIC DAN KONVENSIONAL PUN BEZA
Jangan samakan "istilah" Islamic dan konvensional, takut orang yang dengar atau baca boleh pening. Contohnya, SBR dan MRTA untuk konvensional, IBR dan MRTT untuk Islamic. Secara teknikal sama je, cuma "istilah" berbeza untuk elakkan kekeliruan. Bila orang sebut interest rate je, kita dah tahu konvensional. Kalau orang sebut profit rate, dah tahu Islamic. Tapi tu lahh... orang selalu samakan "istilah" Islamic dan konvensional.

7. PILIHLAH ISLAMIC
Pilih la pinjaman Islamic untuk elak riba. Zaman sekarang dah ada pilihan pinjaman Islamic. Dua jenis pinjaman ni selalu jadi isu panas sebab ada yang kata Islamic lebih kurang je dengan konvensional – rate sama dan makan untung besar, sampai menindas peminjam.
Jawapan saya, ya. Tapi ni bergantung jugak atas anda semua yang buat pinjaman, sama ada nak "halal-mahal" atau "haram-mahal".

8. BELAJAR ILMU PASAL PINJAMAN
Ramai masih kurang faham lagi istilah "financing" berbanding "pinjaman". Sebab tu ilmu financing ni penting untuk belajar supaya dapat elak kerugian dan elak terlibat dalam riba. Ilmu ni agak kurang dalam kalangan masyarakat kita. Benda ni kita tak belajar secara semulajadi, tapi kita sendiri yang kena ada rasa "nak belajar".

Nak tahu lebih lanjut beza Islamic dan konvensional?
Join telegram channel AM
https://t.me/AsyrafMuhammadChannel

🏡 Saya Bantu Anda Cari Rumah!
WhatsApp:
013-4009714
http://bit.ly/408eYKc
Asyraf / REN 75087
IQI Realty Sdn Bhd

🌐 Blog - baca juga: http://sembangsantaihartanah.blogspot.com/2024/12/blog-post.html

📞 WhatsApp: 
https://wa.me/60134009714?text

📱 Telegram: https://t.me/AsyrafMuhammadChannel

🎵 TikTok: https://www.tiktok.com/@jom.hartanah?_t=ZS-8t4UJsLzraK&_r=1

🐦 Threads: https://www.threads.net/@jom.hartanah

📘 Facebook: https://www.facebook.com/share/15ony7NPDy/

📸 Instagram: https://www.instagram.com/jom.hartanah?igsh=dHR3eHNsd2NoNG11


⚠️ Disclaimer: Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan pengetahuan individu semata-mata. Diharapkan anda tidak mengambilnya secara terus tanpa penilaian. Sila lakukan kajian anda sendiri atau rujuk pihak bank dan pakar yang lebih berpengalaman dalam bidang ini untuk maklumat yang lebih tepat.



No comments:

Post a Comment

Dividen KWSP dan ASB 2024

(03.03.2025) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 sebanyak 6.30% untuk Simpanan...