Sebelum nak mula, aku nak bagi pengenalan dulu supaya korang dapat faham and tak pening apa yang aku akan share dalam blog kalini.
Dalam blog ni aku akan share:- Maksud OPR dan SBR
- Beza BNM dan bank komersial
- Persamaan OPR dan SBR
- Asal BNM nak tetapkan OPR?
- Pentingnya OPR
- BLR, BR, dan SBR berkait rapat
- Peranan BNM dan bank
Mari kita mulakan dengan maksud OPR dan SBR.
📌MAKSUD OPR DAN SBR:
📝Maksud OPR (Overnight Policy Rate):
Kalau dalam versi Melayu (Kadar Dasar Semalaman) OPR ialah kadar faedah yang Bank Negara Malaysia (BNM) tetapkan sebagai rujukan kepada bank-bank komersial macam Maybank, Hong Leong, Public Bank, Bank Islam, CIMB dan lain-lain, bila mereka nak pinjam duit sesama sendiri untuk tempoh semalaman dan bagi pinjaman kepada individu yang memohon.
📝Maksud SBR (Standardised Base Rate):
Diterjemahkan ke bahasa melayu (Kadar Asas Standard/Kadar Asas Diseragamkan). Pada 1 Ogos 2022, SBR digunapakaikan oleh semua bank-bank komersial, sebelum aku nak cerita panjang lebar meh aku terangkan lagi bersuluh apa beza bank-bank komersial macam aku mention tadi dengan BNM (Bank Negara Malaysia).
📌BEZA BNM DAN BANK KOMERSIAL:
📝BNM (Bank Negara Malaysia) adalah bank pusat kepada bank-bank komersial tadi, senang cerita BNM ni macam king dialah yang kawal ekonomi. Dan bank-bank komersial ni macam bawahan dia, so next kalau aku mention bank, maksudnya aku kata pasal bank-bank komersial, kalau BNM aku maintain guna BNM jugak.
*Jangan salah faham, ni Perumpamaan saje
📌PERSAMAAN OPR DAN SBR:
OPR ialah penanda aras yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk digunakan oleh bank² komersial seperti Maybank, CIMB, dan Public Bank. Kalau OPR ditetapkan pada 3%, SBR juga sama iaitu 3%. Sebab SBR sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kadar OPR yang telah ditetapkan oleh BNM. Jadi, bila OPR berubah sama ada naik atau turun SBR juga akan ikut perubahan tersebut. Mudah faham, OPR dan SBR ni tak ada beza langsung.
📌ASAL BNM NAK TETAPKAN OPR?:
BNM tetapkan OPR supaya dapat kawal nilai mata wang kat Malaysia
aku bagi contoh kaitan OPR dan pinjaman kita let say lah kalau kita buat pinjaman duit kat bank untuk beli rumah contohnya...
Iklan kejap, kalau korang rajin boleh follow acc aku thanks!
TikTok, Instagram dan Threads: (@jomhartanah)
- harga rumah yang korang nak, Contoh 300k
- deposit yang korang ada, contoh 10% = RM30k
- 300k - 30k = 270k jumlah pinjaman. *lagi besar deposit lagi rendah tempoh bayar pinjaman and lagi rendah interest yang kena bayar
- EIR untuk guna sebagai (interest rate). Contoh eir 4% (SBR 3% + spread 1% = EIR 4%) *OPR 3% so SBR pun sama 3% *Spread bergantung pada faktor seperti skor kredit korang, profil pendapatan, dan polisi bank.
- 4 tempoh contoh aku ambik 35 tahun, kira² so total bayaran bulanan RM1195📌
*andaikata lagi 5 tahun akan datang OPR naik sebanyak 25 basis point atau (0.25%) bila dicampur dengan interest tadi 4% = EIR 4.25 berkemungkinan bayaran bulanan korang akan naik kepada 1200 anggaran kasar, ni kiraan untuk floating rate/variable rate saja, next aku akan terangkan maksud floating/variable dan fixed rate
Disclaimer:
Kiraan ni adalah anggaran kasar hanya untuk tujuan pengiraan sahaja, sila rujuk bank berkenaan untuk tahu jumlah sebenar yang anda perlu bayar
Tekan sini untuk Home Loan Calculator atau search "kalkulator loan rumah"
📌PENTINGNYA OPR:
Contoh la kalau orang kata bulanan 1200 tu still murah berkemungkinan ramai yang akan buat pinjaman loan untuk beli aset, So bila ramai yang nak beli tapi supply berkurang kat situ boleh jadi hyperinflation (permintaan tinggi - supply berkurang = harga naik).Sebab tu BNM naikan OPR. Kalau OPR tinggi bayaran bulanan pun tinggi jadi kuasa membeli berkurang and dalam masa sama dapat stabilkan balik ekonomi.
📌BLR, BR, DAN SBR BERKAIT RAPAT:
Untuk pengetahuan korang SBR ni baru digunakan pada 1 Ogos 2022, sebelum ni lagi pening nak fahamkan satu-satu mula dari BLR (base lending rate) lepastu BR (base rate) now SBR (Standardised Base Rate) dan dengar cerita ada yang kata BLR dan BR ni tak transparent, macam tak jujur la, dengan pengenalan SBR sekarang sistem jadi lebih seragam dan transparent untuk semua bank-bank komersial.📌PERANAN BNM DAN BANK:
📝BNM (BANK NEGARA MALAYSIA)
- Kawal Inflasi: Pastikan harga barang dan perkhidmatan tak naik mendadak untuk lindungi kuasa beli rakyat.
- Pantau Sistem Kewangan: Pastikan bank komersial dan institusi kewangan lain berjalan lancar & ikut peraturan.
- Jaga Kestabilan Ekonomi: Tetapkan dasar kewangan seperti OPR untuk pastikan ekonomi stabil dan berkembang.
Tambahan: BNM lah yang mencetak duit, pernah dengar orang tanya "asal tak print duit banyak-banyak then naikan gaji masyarakat? Kena ingat kes negara Venezuela yang mengalami inflasi teruk, salah satunya disebabkan oleh kerajaan yang mencetak duit terlalu banyak tanpa kawalan yang betul. Ini menyebabkan nilai mata wang diorang jatuh dan inflasi melambung tinggi, hingga membawa kepada hiperinflasi. Kesimpulannya tak boleh print duit suka² je
📝BANK KOMERSIAL
- Tempat Simpan Duit dengan Selamat & Mudah Dikeluarkan: Bank ni tempat paling selamat untuk korang simpan duit. Bila-bila masa nak keluarkan, boleh je guna ATM atau buat online banking.
- Beri Pinjaman Macam Loan Rumah atau Bisnes: Kalau nak beli rumah atau buka bisnes, bank ni yang akan bantu bagi pinjaman. Memang mudah sebab dengan pinjaman, korang boleh capai impian besar macam beli rumah pertama atau besarkan perniagaan.
- Orang Tengah Antara Penyimpan dan Peminjam: Bank ni macam orang tengah yang sambungkan penyimpan duit dengan orang yang perlukan pinjaman. Korang simpan duit dalam bank, duit tu akan digunakan oleh orang lain yang nak pinjam. Jadi, bank mainkan peranan yang penting dalam ekonomi.
- Mudahkan Urusan Pemindahan Duit & Pembayaran: Tak payah susah-susah bawak duit cash, semua boleh buat transfer duit, bayar bil atau urusan kewangan lain terus dari bank. Semua benda jadi lebih mudah dan cepat dengan bank.
- Sediakan Peluang Pelaburan & Simpanan Masa Depan: Bank juga ada tawarkan peluang untuk korang simpan duit dengan lebih untung, macam buka akaun simpanan, laburkan duit dalam unit trust atau fixed deposit FD.
- Kawal Aliran Duit dalam Ekonomi: Bank komersial ni ada peranan untuk pastikan aliran duit dalam ekonomi berjalan lancar. Bila bank beri pinjaman atau kumpul deposit, ia bantu pastikan ekonomi terus berkembang dengan stabil.
🎊 Settle untuk blog kalini ke tujuh² point ni pun dah panjang lebar, Harap korang faham kesemua ni
⚠️ Disclaimer: Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan pengetahuan individu semata-mata. Diharapkan anda tidak mengambilnya secara terus tanpa penilaian. Sila lakukan kajian anda sendiri atau rujuk pihak bank dan pakar yang lebih berpengalaman dalam bidang ini untuk maklumat yang lebih tepat.
Kalau ada yang kurang faham lagi or ada apa² soalan boleh Direct WhatsApp 013-4009714 atau boleh tekan sini terus untuk WhatsApp, Boleh follow @jomhartanah di TikTok Instagram dan Threads untuk lebih banyak update terbaru, dalam masa sama dapat bagi aku semangat untuk kongsi lebih banyak knowledge dalam blog.
Next blog Insyallah aku akan share pasal:
- Full 3 cara pengiraan loan rumah
- Full Cara guna kalkulator loan rumah
- Cara kira kelayakan pinjaman perumahan
-Term² yang korang akan jumpa bila nak beli rumah
- Beza floating/variable rate dan fixed rate
- apa jadi kalau OPR naik bila loan dah lama lulus?
- EIR SBR OPR dan spread berkaitan dalam pengiraan
- Supply and Demand hyperinflation
- English version (kepada yang kurang faham bahasa melayu)
Dan banyak lagi!
Berkaitan hartanah?
Jual, beli dan sewa
- Rumah baru
- Rumah subsale
- Bangunan komersial
- Tanah
WhatsApp sekarang:
013-4009714
Ejen hartanah berdaftar
REN 75087
IQI Realty Sdn Bhd
*Boleh komen di bawah kalau ada sebarang pertanyaan, terima kasih sudi baca.
No comments:
Post a Comment